Friday, January 25, 2013

PERBEZAAN ANTARA ORIGINAL, AP DAN RECOND

PENGENALAN:

>Seringkali ketika kita ingin membeli smartphone baru kita akan tertanya adakah 
smartphone yang dijual ORIGINAL atau AP . Pengetahuan kecil seperti ini penting supaya dapat mengelak kita dari ditipu penjual .Rata - rata penjual selalunya bukanlah arif sangat tentang smartphone, kebanyakan dari mereka hanya ingin mengaut keuntungn .Dan sebenarnya tidak banyak yang berbeza antara ORIGINAL dengan AP . Ini ada sedikit kongsian daripada saya supaya pengguna dapat memanfaatkannya . 



DEFINISI AP DAN ORIGINAL : 

>AP set (Authorized Product) ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.

>Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX, Midland, iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang sah.

>Set recon pula adalah set 2nd hand yang di repair, upgraded dan dibarukan kemudian di jual dengan harga yang lebih murah. Recon tidak setanding dengan ap set kerana ia adalah hand set yang lama. Warranty kebiasaannya sebulan, walaupun ada pekedai yang meletakkan 6 bulan atau setahun (untuk menampakkannya setanding dengan ap set). Berhati-hati dengan handset dengan harga yang murah dari kebiasaan, jaga-jaga ada mungkin akan masuk perangkap recon!

KUALITI

>Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.

WARRANTY AP :

> Dari segi warranty, paling baru, AP set menawarkan warranty selama 15 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 12 BULAN untuk LCD. Hanya 1 BULAN warranty sahaja diberikan untuk battery dan chargar. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA.

  Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company seperti VSCOM, COMSAT dan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat mereka seperti Pacific Solution dan Future Technology. Kebiasaannya syarikat baikpulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.

  Oleh itu, kalau jikalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke Gopeng atau Senawang misalnya. Tak ada Pacific solution kat senawang untuk dihantar ke sana.


WARRANTY ORIGINAL :

> Warranty Original set pula datangnya dari Zithron atau company original yang lain. Warranty adalah selama 1 TAHUNtermasuk trasceiver, LCD dan battery.Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai zithron yang berhampiran di negeri itu.

HARGA :

> Harga AP set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah. Contohnya harga Xperia Go lebih kurang RM 650. Original Xperia Go ialah RM 800+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya.

KESIMPULANNYA :

> Membeli AP set atau original adalah bergantung kepada personaliti anda dan kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai budget sedikit lebih, selalu berpindah randah, selalu risau terhadap kerosakan h/phone, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang sangat cerewet tentang h/phone maka Original set adalah pilihan anda.Bagi saya , saya memilih AP kerana ianya sedikit murah ;)



>>LIke Page Adamdinn.com di facebook untuk pertanyaan dan soalan :)


Unordered List

comments powered by Disqus